Adiwira Digital: Kuasai Internet Dengan Selamat. Bimbingan Superpintar Untuk Keselamatan Internet by makchic

RM18.00
10 in stock

Internet boleh menjadi tempat yang sangat menyeronokkan – namun, sejauh manakah kita benar-benar memahami cara untuk kekal selamat di alam maya, tempat yang tidak semuanya indah seperti yang disangka? 

 Ikuti adiwira cilik, Rua dan Inggit meneroka dunia siber dan mempelajari cara untuk melayari alam digital dengan penuh tanggungjawab sambil berbincang tentang topik, privasi dalam talian dan kewarganegaraan digital, hinggalah kepada topik buli siber dan perlindungan data. Buku ini berfungsi sebagai pengenalan pertama yang menghiburkan buat pembaca cilik tentang dunia internet, dan dirangka untuk memperkasa keluarga dalam menelusuri zaman digital. Karya ini dipersembahkan melalui gaya penceritaan yang menarik dan panduan perbincangan yang tuntas, sarat dengan pelajaran penting serta aktiviti interaktif bagi memastikan kanak-kanak kekal selamat semasa berada dalam talian. 

Sesuai untuk kanak-kanak berumur tiga hingga sembilan tahun.

ISBN: 9789672550532
Pages: 44
Size: 206mm x 206mm x 4mm