Cinta & Kehilangan by Malachi Edwin Vethamani
Couldn't load pickup availability
Sajak-sajak dalam kumupulan Cinta & Kehilangan mengajak kita menyelami cakerawala kehidupan yang rumit sambil memperkenalkan kita kepada watak-watak keluarga, lalu lintas perasaan serta pelbagai sudut pengalaman yang ditampilkan oleh penyair Malachi Edwin Vethamani. Melalui sajak-sajak ini, kita diperlihatkan kehidupan beliau sebagai anggota masyarakat Tamil serta pengalaman peribadinya. Oleh itu, kita dapat mendengar suara hati penyair, anggota keluarganya, dan sahabat-sahabat yang turut mewarnai perjalanan hidup tersebut. Sesekali persoalan kasih sayang disentuh dan melalui gambaran itu, kita diperlihatkan bahawa pengalaman tersebut juga bersifa sejagat. Selain itu, Edwin turut menampilkan pengalaman beliau sebagai rakyat Malaysia yang matang dan terbuka.

